KUALA TERENGGANU: Keadaan kesihatan penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak Selasa lalu semakin baik.
Menurut sumber, walaupun dilihat bertambah sihat berbanding sebelum ini, Ustaz Azhar Idrus masih perlu menerima rawatan.
“Setakat ini beliau masih dirawat di sana sehingga kesihatannya benar-benar pulih.
"Oleh itu, tidak dapat dipastikan bila ustaz dibenarkan keluar dari hospital,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Sumber berkata, semua jadual kuliah dan ceramah melibatkan pendakwah popular tersebut juga terpaksa dibatal atau ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.
“Marilah sama-sama kita mendoakan supaya Ustaz Azhar Idrus kembali sihat seperti sedia kala dan dapat meneruskan kerja-kerja dakwah serta menyampaikan ilmu agama seperti biasa,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke HSNZ kerana mengalami masalah kesihatan.
Perkara tersebut dikongsikan Exco Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dalam Facebook rasmi beliau selepas menziarahi pendakwah itu pada Khamis.
Menurutnya, Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke hospital pada Selasa selepas mengadu kurang sihat. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 17 2023
Menurut sumber, walaupun dilihat bertambah sihat berbanding sebelum ini, Ustaz Azhar Idrus masih perlu menerima rawatan. -Gambar fail/Sinar Harian
[INFOGRAFIK] Demografi Malaysia Suku Tahun Pertama 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan demografi Malaysia pada suku tahun pertama 2024.
[TERKINI] KWSP terima 2.86 juta permohonan pindah ke Akaun Fleksibel
2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel membabitkan jumlah RM8.78 bilion.
484 calon SPM di Sabah peroleh keputusan cemerlang
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Sadin dalam satu kenyataan memaklumkan, ini peningkatan 140 calon yang memperoleh keputusan cemerlang berbanding 344 calon pada tahun 2022.
RM1 juta diperuntuk bagi pengamal media dalami latihan teknologi AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM1 juta diperuntukan khusus untuk pengamal media mendalami teknologi AI.
Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16
Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Dr Maza nafi kritik Ustaz Azhar Idrus
Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menafikan beliau terlibat membuat ulasan mengenai video tular mendakwa pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak mampu menguasai bahasa Arab.
Dituduh bergambar terlalu rapat dengan Ustaz Azhar Idrus, ini jawapan Uqasha Senrose...
Kata Uqasha, sudut gambar yang dirakamkan pada momen terbabit menampakkan kedudukan mereka seperti yang didakwa netizen.
Hukum suami kahwin lain tanpa izin, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Adalah penting seorang suami mendapatkan keizinan daripada isteri pertama bagi mengelakkan mereka rasa ditipu hidup-hidup.
Azhar Idrus, 12 lagi pendakwah selebriti sah terima tauliah daripada Maidam
Seramai 12 lagi pendakwah selebriti turut menerima tauliah mengajar agama oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).
Ustaz Azhar Idrus selar ungkapan dicanang Abang Tesla
Kenyataan Abang Tesla 'isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai' tidak benar kerana tidak terkandung dalam al-Quran serta hadis.
Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.
Abdul Hadi melawat Ustaz Azhar di hospital
Ustaz Azhar dipercayai menerima rawatan akibat mengalami masalah kesihatan melibatkan paru-paru.
Kesihatan Ustaz Azhar Idrus makin baik
Menurut sumber, walaupun dilihat bertambah sihat berbanding sebelum ini, Ustaz Azhar Idrus masih perlu menerima rawatan.
Ustaz Azhar Idrus dirawat di hospital
Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana mengalami masalah kesihatan.
Penceramah perlu ada tauliah di Wilayah Persekutuan - Jawi
Langkah tersebut bagi memastikan institusi berkenaan ditadbir secara efisien dan profesional khususnya melibatkan program pengimarahan dan pengajian agama.